Pusat Pengajian Turath di Semenyih, Selangor
Pengajian Turath Moden Berteraskan Ilmu, Amal & Taqwa
Menggabungkan kekuatan warisan ilmu turath dengan metodologi pendidikan moden bagi melahirkan pemimpin masyarakat yang berintegriti dan berwibawa.
Pengajian Turath Moden Berteraskan Ilmu, Amal & Taqwa bagi membangunkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing melalui sistem pendidikan Islam yang holistik, berstruktur dan relevan dengan keperluan semasa.
Pendekatan Yayasan Siddiqiah

Kami membangunkan Model Pengajian Turath Moden Berintegrasi sebagai solusi strategik dan berimpak.

Program Utama

Kami membina insan yang bukan sahaja berilmu, tetapi berakhlak, berdisiplin dan mampu memimpin masyarakat dengan nilai.
Pengajian Turath Berstruktur
Menggabungkan kekuatan warisan ilmu turath para ulama’ Islam dengan metodologi pendidikan moden bagi melahirkan ilmuwan Islam dan pemimpin masyarakat yang berintegriti dan berwibawa.
Akademik & Kemahiran Insaniah
Subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Literasi Teknologi dan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) disepadukan bagi memastikan graduan kekal relevan dengan cabaran semasa.
Misi Awal Penubuhan
Bagi fasa awal ini, Maahad Darul Ulum Siddiqiah (MASID) akan ditubuhkan di sebuah bangunan komersial di Semenyih, Selangor. Jangkaan siap pembangunan dan pembinaan bulan Mei 2026 dan bakal menerima kumpulan pelajar pertama pada Januari 2027.
Modal Diperlukan
RM 300 K

Merangkumi pembangunan, elektrik dan perpaipan, infrastruktur, perabot & pembelian kelengkapan maahad serta kitab pengajian.

Pelajar
0 +
Mensasarkan pendaftaran tahun pertama seramai 30 orang pelajar, terdiri dari 15 lelaki dan 15 perempuan bagi memastikan keseimbangan yang eksklusif.
Tingkat
0
Bagunan 2 tingkat akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti kelas, asrama, pejabat, bilik guru, perpustakaan mini dan dewan serbaguna (ruangan solat utama & kuliah pengajian)
Galeri Program
Pihak Yayasan komited dan sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program bersama komuniti bagi memperkukuh hubungan serta memberi manfaat berterusan.
Pengajian Turath Moden Berteraskan Ilmu, Amal & Taqwa

Hubungi

Sumbangan
Hakcipta © Pemegang Amanah Yayasan Siddiqiah (PPAB272025).