Tentang Yayasan Siddiqiah
Maahad Darul Ulum Siddiqiah
Latar Belakang
Maahad Darul Ulum Siddiqiah
Yayasan Siddiqiah (YASID) telah ditubuhkan pada November 2025 dengan matlamat untuk membangunkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berperanan dalam masyarakat melalui sistem pendidikan Islam yang berkualiti serta berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Yayasan ini adalah sebuah yayasan pendidikan yang memberi penekanan kepada pembangunan ilmu secara menyeluruh dengan menggabungkan pengajian turath, subjek akademik dan kemahiran insaniah (soft skills) bagi melahirkan individu yang seimbang serta relevan dengan arus semasa. YASID komited menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan Islam yang komprehensif dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, YASID berperanan untuk menghidupkan majlis ilmu dan majlis zikir bagi masyarakat awam, terbuka kepada semua lapisan umur, muslimin dan juga muslimat.
Sebahagian dari usaha tersebut, Yayasan Siddiqiah kini sedang membangunkan Maahad Darul Ulum Siddiqiah, sebuah institusi pendidikan yang merangkumi aliran Turath (Alim dan Alimah) serta Tahfiz Al-Quran. Matlamat YASID adalah melahirkan generasi Ilmuwan Islam dan penghafaz al-Quran yang berakhlak, berkepimpinan yang mampu memberi impak besar dan berpanjangan kepada agama dan masyarakat.

Visi & Misi Penubuhan

Visi
Menjadikan Maahad Darul Ulum Siddiqiah sebagai pusat pengkaderan agawaman Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai kiblat ilmu dan rujukan masyarakat.
Misi

Objektif Penubuhan

Sistem turath moden berintegrasi dengan memasukkan subjek tambahan akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta kemahiran insaniah bagi melahirkan pelajar yang holistik dan relevan dengan keperluan semasa.
Melahirkan generasi berilmu dan berakhlak melalui sistem pendidikan Islam yang berkualiti, menyeluruh dan berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menyumbang ke arah peningkatan taraf pendidikan masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang komprehensif, efektif dan berterusan.
Menyediakan kemudahan dan persekitaran pendidikan Islam yang lengkap dan moden untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Melahirkan graduan yang seimbang agama, akademik serta akhlak dan berpotensi menyambung pengajian ke institusi dalam dan luar negara, masuk dalam dunia pekerjaan dan berperanan dalam masyarakat majmuk.

Pengajian Turath Moden Berteraskan Ilmu, Amal & Taqwa

Hubungi

Sumbangan
Hakcipta © Pemegang Amanah Yayasan Siddiqiah (PPAB272025).