Latar Belakang
Maahad Darul Ulum Siddiqiah
Yayasan Siddiqiah (YASID) telah ditubuhkan pada November 2025 dengan matlamat untuk membangunkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berperanan dalam masyarakat melalui sistem pendidikan Islam yang berkualiti serta berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Yayasan ini adalah sebuah yayasan pendidikan yang memberi penekanan kepada pembangunan ilmu secara menyeluruh dengan menggabungkan pengajian turath, subjek akademik dan kemahiran insaniah (soft skills) bagi melahirkan individu yang seimbang serta relevan dengan arus semasa. YASID komited menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan Islam yang komprehensif dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, YASID berperanan untuk menghidupkan majlis ilmu dan majlis zikir bagi masyarakat awam, terbuka kepada semua lapisan umur, muslimin dan juga muslimat.
Sebahagian dari usaha tersebut, Yayasan Siddiqiah kini sedang membangunkan Maahad Darul Ulum Siddiqiah, sebuah institusi pendidikan yang merangkumi aliran Turath (Alim dan Alimah) serta Tahfiz Al-Quran. Matlamat YASID adalah melahirkan generasi Ilmuwan Islam dan penghafaz al-Quran yang berakhlak, berkepimpinan yang mampu memberi impak besar dan berpanjangan kepada agama dan masyarakat.